KUALA LUMPUR, 12 Mac - Syarikat penerbangan Batik Air akan menyediakan penerbangan tambahan melibatkan destinasi domestik bagi menampung permintaan tinggi pada sambutan Aidilfitri nanti.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata penerbangan tambahan ditawarkan untuk perjalanan dari 17 April hingga 2 Mei ini.
Sejajar pertambahan itu, 10,000 tiket tambahan dengan tambang tetap akan ditawarkan untuk penerbangan ke Sabah dan Sarawak.
Manakala 4,000 tiket tambahan disediakan bagi penerbangan domestik di sekitar Semenanjung.
(Batik Air)
Tempahan tiket telah pun dibuka dan bakal berakhir hujung bulan ini.
Susulan permintaan yang tinggi, beliau turut menggalakkan orang ramai supaya membuat tempahan awal bagi mengelak kehabisan tiket.