(FOTO HIASAN)
PUTRAJAYA, 12 Mac- Malaysia menyambut baik perjanjian pemulihan hubungan diplomatik antara kerajaan Arab Saudi dan Iran yang dicapai di Beijing pada Jumaat.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia percaya menormalkan hubungan antara kedua-dua negara merupakan langkah positif dan konstruktif yang akan menyumbang ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau Asia Barat.
Pada Jumaat Arab Saudi dan Iran sepakat untuk mewujudkan semula hubungan selepas bertahun-tahun persengketaan yang telah mengancam kestabilan dan keselamatan di Teluk dan membantu mencetuskan konflik di Timur Tengah dari Yaman ke Syria.
Perjanjian itu diuruskan oleh China dan diumumkan selepas empat hari rundingan yang diadakan di Beijing antara pegawai keselamatan tertinggi kedua-dua negara.
(Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran Ali Shamkhani (kanan) berjabat tangan
dengan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat Parti Komunis China (PKC)
Wang Yi (tengah) semasa pertemuan dengan penasihat Keselamatan Negara Arab Saudi
Musaad bin Mohammed al-Aiban (L) di Beijing pada 10 Mac 2023 / AFP)