(Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan), Datuk On Jabar (kiri) turut turun
padang bersama-sama sukarelawan Southern Volunteers membersihkn rumah penduduk)
SEGAMAT, 12 Mac- Sebagai usaha membantu kerja-kerja pembersihan rumah penduduk terjejas banjir di Johor, lebih 2,000 sukarelawan Southern Volunteers (SV) sudah digerakkan ke seluruh negeri itu.
Sukarelawan terdiri daripada warga Pihak Berkuasa Tempatan, Institusi Pengajian Tinggi, badan-badan bukan kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan serta agensi negeri itu.
Semua sukarelawan SV menyatakan keterujaan mereka dapat membantu meringankan beban penduduk dengan membersihkan kediaman mereka.
"Kami seronok bantu orang-orang kampung dalam kesusahan walaupun kerja-kerja pembersihan ni berat, bermula pagi sampai petang tapi kami teruja bila dapat bantu, Alhamdulillah bila selesai kerja kami bersyukur suka tengok orang kampung seronok bila kami bantu bersihkan rumah mereka," kata Muhammad Khairulanwar Shahran, salah seorang sukarelawan Southern Volunteers
Sementara itu, penduduk Kampung Tandong di Buloh Kasap, Segamat, Nasib Muslim Surib, 60 tahun menzahirkan kesyukuran atas bantuan sukarelawan SV membersihkan kediamannya berikutan dia hanya tinggal berdua bersama-sama isterinya.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menolong kami menyelesaikan kotoran, bersihkan rumah, saya bersyukur kerana ada yang sudi menolong, saya lega kerena ada yang bantu ringankan beban,"katanya.
(Sukarelawan Southern Volunteers membersihkn rumah penduduk)
(Nasib Muslim Surib dihadapan rumahnya di Kampung Tandong, Segamat yang turut tenggelam semasa banjir)