fb fb fb fb fb

Bas bawa penumpang dari Ipoh ke Singapura terbalik di Bangsar

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Beberapa penumpang mengalami kecederaan setelah sebuah bas yang membawa penumpang dari Ipoh ke Singapura terbalik di tengah jalan pada kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

Kemalangan berlaku di Jalan Sultan Iskandar susur ke Bangsar.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Sentul tiba di lokasi kejadian pada pukul 12.41 tengah malam.

(Bas yang membawa penumpang dari Ipoh ke Singapura kemalangan)

Laporan awal menyebut beberapa penumpang yang terperangkap dalam bas telah berjaya dikeluarkan.

Belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa.

Difahamkan semasa kejadian kebanyakan penumpang sedang tidur dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kemalangan belum diketahui.

Media Baharu