fb fb fb fb fb

Bantuan RM100 program SARA ringankan beban rakyat

Pemberian RM100 secara sekali bayar kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad, di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bermula hari ini sebagai usaha kerajaan membantu meringankan beban rakyat / Foto Hiasan

BATU PAHAT, 31 Ogos – Pemberian RM100 secara sekali bayar kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad, di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bermula hari ini sebagai usaha kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

Langkah itu turut dianggap sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada masyarakat, sekali gus memberi manfaat besar dalam menghadapi cabaran kos sara hidup semasa.

Tinjauan di sekitar Batu Pahat, Johor mendapati rata-rata penerima menzahirkan rasa syukur dan menyifatkan bantuan tersebut mampu membantu menampung keperluan asas terutama pada penghujung bulan.

Seorang pekerja swasta, Sapari Shawal menyatakan bantuan itu sangat bermakna.

3108 JHR REAX SARA 100 2Sapari Shawal

“Terima kasih kepada Kerajaan Madani kerana memberikan RM100 sumbangan kasih MySARA kepada kami. Bantuan ini benar-benar meringankan beban perbelanjaan keluarga. Saya amat berterima kasih khususnya kepada Perdana Menteri,” katanya.

Bagi Noor Sakinah Hamid, bantuan tersebut amat membantu keluarga berpendapatan rendah.

3108 JHR REAX SARA 100 3Noor Sakinah Hamid

“Sangat bermanfaat kerana boleh digunakan membeli keperluan anak-anak seperti susu dan lampin pakai buang. Memang membantu, walaupun sedikit, untuk tampung belanja keluarga,” ujarnya.

Seorang lagi penerima, Hanisah Omar, turut menyambut baik inisiatif kerajaan itu.

“Bantuan RM100 ini sangat berguna, terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat. Sebagai ibu yang membesarkan anak, bantuan ini boleh digunakan membeli barang dapur dan keperluan asas, lebih-lebih lagi pada hujung bulan ketika gaji belum masuk,” katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN