fb fb fb fb fb

Bantu mangsa kebakaran, RM14.7 juta disalur Kerajaan Persekutuan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 April- Bantuan bencana sejumlah RM14.7 juta disalur Kerajaan Persekutuan menerusi NADMA kepada Kerajaan Selangor, susulan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, baru-baru ini.

Peruntukan bagi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas manakala BWI Kematian pula bernilai RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.

Bantuan akan diagih berdasarkan senarai nama KIR mangsa bencana yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, rumah terkesan bencana turut terima bantuan tunai.

Bagi rumah yang musnah sepenuhnya, pemilik akan terima RM10,000, masing-masing RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada PETRONAS.

Pemilik yang rumahnya separa musnah, terima sumbangan RM5,000 iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan dan bakinya, daripada PETRONAS.

Kerajaan Selangor juga akan beri bantuan sewaan RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga terjejas.

Ia bagi membolehkan mereka menyewa rumah, sementara rumah peribadi sedang dibaiki atau dibina semula.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM