fb fb fb fb fb

Banteras rasuah, tambah baik tadbir urus negara

Perdana Menteri ketika berucap pada program Invest Malaysia Iskandar 2024 / Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 26 September - Usaha membanteras isu rasuah kekal menjadi keutamaan kerajaan.

Ia bagi memastikan negara mencapai kecekapan dan ketelusan yang lebih baik, terutamanya dalam aktiviti perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kestabilan diperoleh akan membolehkan kerajaan mempunyai tadbir urus lebih baik.

Ini sekaligus dapat membersihkan imej negara yang dikaitkan dengan rasuah tahap tinggi dan tadbir urus yang lemah.

"Kekuatan ini digunakan untuk memastikan kita mempunyai tadbir urus yang lebih baik. Adakalanya ada beberapa pihak yang berlebihan dari segi rasuah dan mempunyai tadbir urus yang lemah."

"Dalam kerajaan ini, kita mesti kekal konsisten untuk memastikan usaha membanteras rasuah itu berterusan. Tadbir urus yang baik merupakan langkah berkesan dalam memimpin negara." katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Invest Malaysia Iskandar 2024 di Iskandar Puteri, Johor.

Trainee