fb fb fb fb fb

PPS terakhir di daerah Pokok Sena ditutup

Kesemua penduduk terjejas di PPS Sekolah Kebangsaan Tualang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

POKOK SENA, 26 September - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir di daerah Pokok Sena, Kedah iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Tualang ditutup secara pada pukul 1.00 tengah hari tadi.
 
Penutupan itu diumum Pegawai Daerah Pokok Sena merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pokok Sena, Mohamad Rizal Mohamad Radzi.
 
Mohamad Rizal berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pokok Sena juga ditutup hari ini.
 
Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan sepanjang berlakunya bencana banjir di daerah itu.
 
Banjir yang berlaku sejak 17 September lalu menyebabkan lebih seribu penduduk di Daerah Pokok Sena terpaksa dipindahkan ke PPS.
 
Lima PPS dibuka di daerah tersebut iaitu PPS Maahad Tarbiyah Islamiah Derang; PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau; PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena; dan PPS Surau Permatang Limau serta PPS SK Tualang.

 

 

Trainee