fb fb fb fb fb

Bank Islam, UNIMAS & LKIM santuni komuniti nekayan Kampung Muara Tebas

FOTO RTM

KUCHING, 16 November- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan kerjasama rakan strategik, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyantuni komuniti nelayan di Kampung Muara Tebas, Kuching.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed, program ini adalah sebahagian daripada program Bank Islam selama tiga hari di Sarawak bersama-sama pelajar UNIMAS.

Beliau berkata, seramai lebih 300 orang penduduk kampung yang menyertai program tersebut manakala 50 pelajar asnaf terpilih dari Sekolah Kebangsaan Muara Tebas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bako menerima bantuan zakat berjumlah RM10,000 daripada pihaknya untuk menampung perbelanjaan mereka.

Selain daripada mengembangkan perniagaan perbankan, katanya Bank Islam akan memastikan program yang diadakan memberi manfaat kepada masyarakat di Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam Program Santuni Komuniti Nelayan Kampung Muara Tebas di Dewan Komuniti Kampung Muara Tebas, Kuching pagi tadi.

Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah Cegah Rokok dan Vape untuk pelajar sekolah, aktiviti membuat baja organik daripada sisa laut bersama UNIMAS selain aktiviti memproses keropok lekor oleh LKIM.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE