fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu: Pelan kontigensi akan diatur - MB

Kerajaan Negeri Terengganu akan mendapatkan bantuan negeri lain jika keadaan banjir bertambah buruk / Foto Hiasan

KUALA NERUS, 21 November - Kerajaan Negeri Terengganu akan mendapatkan bantuan negeri lain jika keadaan banjir bertambah buruk.

Namun perkara berkenaaan akan diperincikan bersama Pengurusan Bencana Negeri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pelan kontigensi juga akan diatur bagi memastikan semua perkara berkaitan banjir dapat diselaraskan dengan sebaiknya.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, di sini, beliau berkata persediaan tersebut dilakukan bagi memastikan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan bekalan makanan serta kemudahan lain dapat disalurkan dengan segera.

Berkaitan beberapa permasalahan yang timbul di beberapa PPS di daerah itu, Ahmad Samsuri berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah nenanganinya sebaik mungkin.

"Isu seperti makanan yang tidak mencukupi akan diperbaiki sebaik mungkin bagi memastikan kebajikan penduduk terjejas banjir menjadi keutamaan," katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN