fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu menurun, PPS Pulau Redang ditutup

Foto APM Terengganu

TERENGGANU, 23 November - Banjir di Terengganu kini menunjukkan penurunan, dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pulau Redang, Kuala Nerus ditutup petang ini.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 6 petang tadi, seramai 336 penduduk daripada 101 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di daerah Besut.

Paling ramai di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut iaitu 234 penduduk daripada 72 keluarga manakala 102 penduduk daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian.

Bagaimanapun, menurut portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras sungai utama di negeri ini kini berada pada tahap normal.

AZRUL FAIZAL JUSOH