KUALA TERENGGANU, 18 Disember - Angka penduduk terjejas banjir di Terengganu menurun kepada 846 orang setakat pukul 11.00 malam ini, berbanding 861 orang pada pukul 8.00 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan penurunan itu apabila enam keluarga di Kemaman telah pulang ke kediaman masing-masing dan kini hanya tinggal 572 orang yang berada di 11 PPS.
"Daerah Dungun pula berlaku sedikit peningkatan kepada 256 orang yang berada di dua PPS iaitu di Kampung Shukor dan Pasir Raja.
"Manakala di Hulu Terengganu kekal 18 penduduk masih berlindung di satu PPS iaitu di Kampung Pengkalan Ajal," menurut kenyataan tersebut.