TEMERLOH, 22 Februari-Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Temerloh terus meningkat kepada 236 orang berbanding 230 orang, setakat pukul 4.00 petang tadi.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, penduduk terjejas itu terdiri daripada 74 keluarga.
Mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan.
Berdasarkan laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya Sungai Ringlet di Pekan Ringlet, Cameron Highlands berada pada paras waspada.
Manakala sungai-sungai lain di Pahang telah berada pada paras normal termasuk Sungai Semantan di Kampung Mempateh, Temerloh.