fb fb fb fb fb

Banjir: Sebahagian keuntungan tiket 'Search Rockin Arena Penang' disalur ke Pantai Timur

(Denden Gonjalez selaku vokalis, diiringi Din, Kid, Yan, Min dan Firdaus, mempersembahkan 21 lagu)

BAYAN BARU, 25 Disember- Sebahagian hasil keuntungan daripada jualan tiket konsert 'Search Rockin Arena Penang' akan disalurkan kepada penduduk terjejas banjir di Pantai Timur.

Konsert yang berlangsung di Setia Spice Arena, disini berjaya menarik kira-kira 5,000 penonton, malam tadi.

Pengerusi penganjur, Datuk Ismail Jusoh berkata sumbangan tersebut akan diambil dari peratusan keuntungan jualan tiket penstriman langsung yang berjaya dijual kepada sekitar 3,000 hingga 10,000 pelanggan termasuk pelanggan dari Singapura dan Indonesia.

Dalam pada itu, beliau turut memohon agar kerajaan negeri menurunkan kadar cukai hiburan sebanyak 25 peratus terhadap hasil jualan tiket yang dikenakan bagi persembahan hiburan bertiket di Pulau Pinang.

Jelasnya, Kuala Lumpur telah melaksanakan pengecualian pembayaran cukai tersebut sehingga Jun depan, sekali gus dapat membantu merancakkan industri seni tempatan menerusi
penganjuran konsert berskala besar pada masa akan datang.

Terdahulu kumpulan rock dibarisi Denden Gonjalez selaku vokalis, diiringi Din, Kid, Yan, Min dan Firdaus mempersembahkan 21 lagu, antaranya Purnama, Fantasia Bulan Madu, Pawana, Mentari Merah di Ufuk Timur, Neo Romantik dan Bencana.

(Ismail Jusoh)

Media Baharu