fb fb fb fb fb

84 penduduk terjejas banjir, 2 PPS masih aktif di Sarawak

KUCHING, 25 Disember- Bilangan penduduk terjejas banjir di Sarawak kekal setakat pukul 7.00 malam tadi.

Di bahagian Serian, ia melibatkan 84 individu daripada 27 keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam laporan semasa memberitahu jumlah itu tidak berubah berbanding pukul 11.00 pagi tadi.

Penduduk yang terjejas banjir itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Rimba Padi.

Sementara itu, PPS Dewan Koran Mawang turut menempatkan penduduk terjejas akibat tanah runtuh dengan 57 orang daripada 7 keluarga.

(Banjir di Sarawak)

Bagaimanapun, beberapa kawasan rendah di Kuching terutamanya berdekatan laut dinaiki air susulan kejadian air pasang besar petang tadi.

Menurut jadual Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, fenomena air pasang besar itu menemui kemuncak bermula semalam setinggi 6.2 meter.

Menerusi perkongsian di media sosial, antara kawasan terjejas ialah Pekan Lundu, Kampung Tambay, Kampung Tambirat di Asajaya, Kampung Masjid Sebuyau, Kampung Gita dan Kampung Samariang Batu di Kuching.

Air dikatakan mula naik sekitar pukul 6.30 petang tadi sebelum surutĀ lebih sejam kemudian.

Rata-rata penduduk telah bersedia lebih awal untuk mengalihkan perkakas elektrik dan kenderaan masing-masing di tempat selamat.

Kejadian air pasang besar serupa juga dijangka berlaku esok iaitu setinggiĀ 6.2 meter dengan kemuncaknya berlaku sekitar pukul 7.30 malam.

Media Baharu