Banjir Sarawak: Satu PPS masih aktif di Miri

KUCHING, 4 Januari – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di Miri, Sarawak, setakat pukul 8.00 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • PPS Dewan Serbaguna SMK Bekenu masih aktif di Miri menempatkan mangsa banjir.
  • Seramai 47 penduduk daripada 18 ketua isi rumah ditempatkan di pusat pemindahan.
  • Cuaca semakin baik dijangka membolehkan pemulangan penduduk ke rumah tidak lama lagi.

Menurut kenyataan media Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ia melibatkan Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu.

“PPS berkenaan menempatkan 47 penduduk terjejas banjir daripada 18 Ketua Isi Rumah,” menurut kenyataan itu.

Cuaca yang semakin baik dijangka membolehkan penduduk untuk pulang ke kediaman masing-masing dalam masa terdekat.