MUAR, 12 Januari - Keadaan banjir semakin pulih di Johor. Penduduk yang dibenarkan pulang sudah mula melakukan pembersihan kediaman masing-masing.
Tinjuan RTM di Kampung Jawa, Lenga, Muar mendapati penduduk giat membersihkan lumpur dan kotoran di kediaman mereka.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan pemantauan di lokasi yang masih digenangi air.
Demikian menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail.
"Penduduk sudah mula membersihkan rumah. Kami menunggu arahan selanjutnya untuk melaksanakan kerja-kerja pasca banjir," katanya kepada pemberita di sini.
26 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Johor yang menempatkan 1,227 penduduk daripada 351 keluarga terjejas.