fb fb fb fb fb

Banjir Perlis : 2 PPS tutup, 4 masih aktif

FOTO APM PERLIS

KANGAR, 10 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perlis setakat pukul 10 malam tadi terus mencatatkan penurunan kepada 520 orang berbanding 525 orang pukul 8 malam tadi.

Empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif iaitu SK Sena, SK Arau, SK Kubang Gajah dan Kolej Vokasional Kangar.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud dalam kenyataannya, dua PPS iaitu di SK Guar Nangka dan SK Bintong telah ditutup setelah banjir surut sepenuhnya di tujuh buah kampung.

Sehingga kini, PPS SK Sena menempat penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 206 orang daripada 69 keluarga, diikuti PPS SK Arau dengan 168 orang daripada 46 keluarga.

Manakala dua lagi PPS iaitu SK Kubang Gajah tidak berubah dengan 125 orang daripada 40 keluarga dan PPS Kolej Vokasional Kangar dengan 21 penduduk daripada sembilan keluarga.

Walaupun keadaan cuaca di Perlis cerah namun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sentiasa bersiap siaga sekiranya hujan kembali melanda Perlis malam ini dan fenomena air pasang besar yang dijangka akan berlaku.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE