fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Lima PPS masih beroperasi

FOTO APM PERAK

IPOH, 13 November- Setakat pagi tadi, jumlah penduduk terjejas di Perak adalah seramai 347 orang daripada 101 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka iaitu di daerah Kerian dan Hilir Perak.

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 168 orang daripada 49 keluarga.

65 penduduk daripada 21 keluarga pula dipindahkan ke PPS Dewan MPTI Langkap dan PPS Dewan Serbaguna Chikus menempatkan 34 penduduk daripada 8 keluarga.

Sementara itu, 57 penduduk daripada 19 keluarga pula berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu.

Manakala 23 penduduk daripada 4 keluarga pula dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE