
IPOH, 6 Disember- Setakat 8.00 pagi tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal 247 orang daripada 70 keluarga di Perak
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di dua daerah.
“PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung menempatkan penduduk paling banyak iaitu seramai 177 penduduk daripada 54 keluarga.
“Manakala PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di daerah Hilir Perak pula menempatkan 70 penduduk daripada 16 keluarga,” menurut kenyataan itu.
(Foto APM Hilir Perak)