fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Perak, 104 orang

IPOH, 15 Disember- Jumlah penduduk terjejas di negeri Perak adalah seramai 104 penduduk daripada 25 keluarga, setakat 10.00 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi melibatkan tiga daerah.

PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib di daerah Hilir Perak menempatkan 70 penduduk.

Manakala di Manjung, 28 penduduk dipindahkan ke PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

Sementara enam penduduk daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali di daerah Perak Tengah.


(Jumlah penduduk terjejas di negeri Perak adalah seramai 104 penduduk)

Media Baharu