fb fb fb fb fb

Pesakit maut jatuh dari tingkat tujuh bangunan hospital

(Siaran media IPD Temerloh)

TEMERLOH, 15 Disember- Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tujuh bangunan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH) di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah malam.

"Polis menerima satu panggilan telefon menyatakan seorang pesaki berusia 19 tahun telah terjun dari tingkat tujuh bangunan berkenaan.

"Berdasarkan laporan doktor, mangsa menerima rawatan kerana demam panas dan jangkitan kuman di otaknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azhar, siasatan telah dijalankan dan tiada unsur jenayah ditemukan dalam kejadian tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HoSHAS untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis di mana-mana balai berdekatan," katanya.

(Foto fail)

Media Baharu