fb fb fb fb fb

Pindah jika lihat trend paras air meningkat - Bomba Terengganu

(Foto fail)

HULU, TERENGGANU, 15 Disember- Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir di Terengganu digesa untuk segera berpindah sekiranya trend paras air terus meningkat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata berdasarkan cuaca semasa masyarakat di kawasan rendah juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dinaiki air.

Ujarnya, tindakan berpindah disaat akhir boleh mengundang kepada pelbagai risiko seperti terperangkap jika berlaku kenaikan paras air yang mendadak.

"Penduduk telah diberi taklimat supaya berpindah awal dan mengelakkan diri serta keluarga daripada kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

"Insya-Allah, saya rasa penduduk faham dan segera berpindah jika melihat paras air meningkat, tanpa tunggu arahan pihak berkuasa," katanya ketika meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Kemat di sini.

Beliau turut mengingatkan penduduk agar sentiasa patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

(Foto fail)

Media Baharu