fb fb fb fb fb

457 Saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu JPJ, agensi

SHAH ALAM, 15 Disember- Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ menjalankan Operasi Bersepadu melibatkan lapan agensi kerajaan di Plaza Tol Awan Besar, Selangor menghala ke Bukit Jalil malam tadi.

Sebanyak 792 kenderaan telah diperiksa dan 457 notis kesalahan telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Jelas Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan sebanyak 31 peratus kenderaan yang diperiksa didapati melakukan lebih daripada satu kesalahan.


(Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan)

"Antara kesalahan-kesalahan yang amat serius adalah tidak mempunyai cukai jalan dan seterusnya tidak ada insuran yang mana akan membahayakan kedua-dua pihak pemilik kenderaan dan juga pengguna jalan raya", katanya.

Turut disita tiga buah lori dan enam motorsikal.

Hadir sama dalam operasi berkenaan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pengangkutan, Datuk Razali Mohamad.

Media Baharu