fb fb fb fb fb

200 pelatih baharu sertai GIATMARA Perlis tahun depan

KANGAR, 15 Disember- Pusat GIATMARA terus komited melahirkan modal insan berilmu dan berinovasi bagi menambah tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi.

Usaha ini dilaksanakn menerusi 11 kursus disediakan GiatMARA seluruh Perlis yang boleh dipilih oleh para pelatih dengan tempoh latihan antara tiga bulan hingga dua tahun.

Menurut Pengarah GiatMARA Negeri, Harun Radzi, tiga pusat GIATMARA iaitu di Kangar, Padang Besar dan Arau telah berjaya melatih seramai 8,064 pelatih sejak dibuka mulai tahun 1987.

"Antara kursus ditawarkan ialah masakan dan pramusaji, terapi kecantikan dan solekan, baik pulih telefon pintar, pendawaian elektrik dan teknologi automotif.

"Bagi pengambilan baharu Januari 2023, seramai 200 pelatih baharu dijangka memulakan latihan di ketiga-tiga GIATMARA seluruh Perlis," kata Harun kepada media dalam Program Hari Terbuka GIATMARA Kangar yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

GIATMARA merupakan institusi latihan kemahiran bersifat mesra komuniti dalam memenuhi tanggungjawab sosial, memberikan kemahiran yang menjamin kehidupan dan terus bersaing secara agresif dan proaktif bagi melahirkan graduan kompetitif dalam dunia globalisasi hari ini.

(200 pelatih baharu sertai GIATMARA Perlis tahun depan)

Media Baharu