fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Johor berkurangan 10 malam ini

FOTO HIASAN

JOHOR BAHRU, 6 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor berkurangan kepada 344 orang setakat pukul 10.00 malam ini.

Ia berkurang seramai 96 orang berbanding 440 orang pada pukul 8.00 malam tadi.

Sementara itu, enam pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi melibatkan tiga daerah di negeri tersebut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, Mersing mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi, meskipun berkurangan kepada 176 orang berbanding 272 yang ditempatkan di dua PPS.

Di Kota Tinggi, tiga PPS masih beroperasi menempatkan 84 penduduk, manakala Kluang kekal dengan 84 penduduk di sebuah PPS.

Sehingga kini, Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi hanya dibuka untuk kenderaan berat.

SITI AISHAH BINTI MD ISA