fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di enam negeri berkurangan

KUALA LUMPUR, 21 November- Seramai 1,242 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam negeri, setakat pukul 9.00 pagi.

Jumlah tersebut berkurangan berbanding semalam yang merekodkan 1642 orang.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 784 orang di Perak daripada 222 keluarga masih berada di sembilan PPS.

Di negeri Selangor, jumlah penduduk terjejas banjir berkurang kepada 327 orang berbanding 400 orang pagi tadi.

(Salah sebuah PPS di Perak yang menempatkan penduduk terjejas banjir)

Mereka ditempatkan di sembilan PPS iaitu tiga di Kuala Selangor dan enam di Kuala Langat. 

Sementara itu, jumlah penduduk terjejas banjir di Johor kekal seramai 62 orang ditempatkan di tiga PPS.

Di Melaka, 11 orang penduduk terjejas banjir masih berada daripada empat keluarga dari Kampung Pulau dan Kampung Belimbing masih berada di PPS Dewan JAPERUN Durian Tunggal.

Manakala, di Pahang seramai 28 penduduk terjejas banjir di daerah Temerloh berada Dewan Sri Gading, Mentakab.


Media Baharu