fb fb fb fb fb

Dua maut, enam cedera kemalangan dekat Sungai Buloh

KUALA LUMPUR, 22 November- Dua maut manakala enam cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM452 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), dekat Sungai Buloh awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang maut merupakan kanak-kanak perempuan dan lelaki dewasa.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.29 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian 26 minit kemudian.

“Laporan awal, kemalangan melibatkan kereta Proton Wira berlanggar dengan Toyota Vios.

“Terdapat lapan mangsa terlibat. Dua disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan, dua wanita cedera parah dan empat individu lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut / FOTO FB

Norazam berkata kesemua mangsa berjaya dikeluarkan orang awam dari kenderaan terlibat sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Media Baharu