KUANTAN, 18 Disember - Lebih 10,880 penduduk terjejas banjir dengan 78 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Pahang, setakat pukul 4.00 petang tadi.
Angka berkenaan meningkat, berbanding 9,237 penduduk terjejas daripada 3,012 keluarga, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 43 PPS dibuka, melibatkan 8,682 penduduk daripada 2,946 keluarga.
"Tiga lagi daerah turut terjejas iaitu Maran dengan 14 PPS dibuka melibatkan 903 penduduk dipindahkan ke PPS, diikuti Pekan seramai 843 penduduk terjejas ditempatkan ke 10 PPS.
"Manakala, Rompin membuka lapan PPS yang menempatkan 423 penduduk dan 29 orang ditempatkan di tiga PPS di Jerantut," menurut kenyataan itu.