fb fb fb fb fb

Banjir Pahang: Jumlah penduduk di PPS kekal 23 orang

KUANTAN, 23 Disember- Situasi banjir di Pahang masih tidak berubah.

Jumlah penduduk terjejas kekal 23 orang daripada 6 keluarga, setakat jam 11.00 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, mereka masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, yang dibuka di daerah Kuantan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah menamatkan semua Amaran Hujan Berterusan bagi negeri Pahang.

Cuaca di negeri itu dijangka bertambah baik.

(Jumlah penduduk terjejas banjir kekal dengan 23 orang)

Media Baharu