fb fb fb fb fb

139 penduduk terjejas banjir di Sarawak

(Foto APM Samarahan)

KUCHING, 23 Disember- Seramai 139 penduduk terjejas banjir di Sarawak ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Infografik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana memaklumkan, Kuching mencatatkan 75 orang daripada 14 keluarga yang berlindung di PPS Dewan Kampung Bedaun.

Sementara di Bau, 44 orang ditempakan di dua PPS iaitu 40 orang daripada 15 keluarga di PPS Balai Raya Kampung Jugan, manakala empat lagi daripada empat keluarga di PPS Balai Raya Kampung Opar.

Di Kota Samarahan pula menempatkan 20 orang daripada empat keluarga di PPS Dewan Suarah Kota Samarahan.

Menurut infofgrafik itu, empat PPS berkenaan diaktifkan susulan hujan tanpa henti sejak semalam.

(Foto APM Kuching)

Media Baharu