fb fb fb fb fb

Banjir Pahang: Bacaan air Sungai Keratong lepasi paras bahaya

KUANTAN, 16 Disember- Setakat jam 4.00 petang tadi, situasi banjir di Pahang tidak berubah.

Seramai 142 orang penduduk daripada 36 keluarga terjejas masih ditempatkan di sebuah usat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sungai Miang, Pekan.

Sementara itu, berdasarkan laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, bacaan air Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin menunjukkan trend menaik.

Setakat jam 4.00 petang tadi, sungai berkenaan merekodkan bacaan 11.73 meter, melepasi paras bahaya 11 meter.

Manakala, Sungai Triang di Triang, Bera dan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan merekodkan bacaan melepasi paras amaran.

(Situasi banjir di Pahang tidak berubah)

Media Baharu