fb fb fb fb fb

Pemimpin IPT perlu fahami tanggungjawab dan peranan

JOHOR, 16 Disember- Semua kepimpinan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini, terutamanya Naib Canselor perlu memahami tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk memimpin institusi tersebut.

Jelas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, keharmonian dalam kepimpinan penting supaya tidak menjejaskan perjalanan dan matlamat IPT untuk mencapai kejayaan.

 
(Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)

"Naib canselor dari segi kesaujanaan tiada siapa pertikai tapi dari segi kepimpinan ada yang menepati keperluan ada yang tidak menepati kehendak. Ada setengah universiti hingga menyebabkan keadaan tidak wujud harmoni antara kaki tangan akademik, pelajar dan naib canselor," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Kenduri Rakyat di perkarangan Masjid An-Nur, Kota Tinggi.

Beliau juga sudah mula mengadakan pertemuan dengan IPT-IPT awam dan swasta untuk mendengar sendiri hala tuju serta sejauh mana peranan mereka menyumbang kepada negara.

Universiti turut dinasihat tidak mengejar prestij dan mempunyai ranking yang baik semata-mata, tetapi perlu memastikan institusi relevan dan berguna kepada negara dan masyarakat.

Media Baharu