fb fb fb fb fb

Banjir: Nilai kerugian cecah sehingga RM6.5 bilion

 



SEPANG, 17 Januari- Nilai kerugian keseluruhan akibat banjir besar melanda beberapa negeri pada Disember lalu dianggarkan mencecah antara RM5.3 hingga RM6.5 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada jumlah itu, kerosakan kediaman merekodkan kerugian tertinggi iaitu antara RM1.2 hingga RM1.4 bilion.

Beliau berkata, jumlah itu dikenal pasti berdasarkan dapatan awal Kaji Selidik Penilaian Impak Bencana Banjir dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

"Dalam merasai dugaan yang dihadapi ini, kerajaan melalui DOSM telah mengambil inisiatif menyediakan kajian menyeluruh impak banjir yang berlaku di negeri-negeri yang terkesan banjir," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelaksanaan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/ BA) 2022 di Dewan Serbaguna, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini.

Katanya, selain kemusnahan aset awam, kerosakan tempat kediaman dan kenderaan mencatat jumlah kedua tertinggi yang masing-masing melibatkan kerugian RM1.4 dan RM1.3.3 bilion.

Manakala, kerosakan sektor pembuatan dianggar berjumlah RM1 bilion

Sementara, kerosakan premis perniagaan melibatkan RM600 juta serta pertanian berjumlah RM49.9 juta.

Banjir pada hujung tahun lalu menyaksikan tidak kurang lapan negeri terjejas iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada satu ketika hampir 63,000 orang daripada lebih 14,000 buah keluarga dipindahkan ke ratusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Media Baharu