MELAKA, 29 November-Jumlah penduduk terjejas banjir terus meningkat kepada 167 penduduk daripada 46 buah keluarga.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, kesemua mereka ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah.
Daerah Alor Gajah merekodkan jumlah paling ramai iaitu 90 penduduk daripada 26 buah keluarga di tiga PPS iaitu Balai Raya Kampung Gadek, Japerun Durian Tunggal serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan.
Jasin pula merekodkan 64 penduduk daripada 17 buah keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.
Manakala di Melaka Tengah, seramai 13 penduduk daripada tiga buah keluarga di tempatkan di PPS Balai Raya Paya Ikan.
Sebanyak 24 kawasan terjejas banjir di negeri itu.