fb fb fb fb fb

Banjir: Lebih 70 penduduk di Kg Bangi Lama diselamatkan bomba

FOTO FB Pekan Bangi

HULU LANGAT, 5 November- Lebih 70 penduduk di Kampung Bangi Lama di sini terperangkap dalam situasi banjir dipindahkan oleh bomba apabila kediaman masing-masing dinaiki air susulan hujan lebat malam tadi

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bangi dan Tadika Perpaduan Taman Bangi Ria.

"Operasi pemindahan telah dilaksanakan pagi ini oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, BBP Kajang dan BBP Semenyih.

"79 penduduk telah dapat diselamatkan setakat pukul 8.47 pagi menggunakan jentera bomba," katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, kiar-kira 100 penduduk lagi berpindah sendiri.

SITI AISHAH BINTI MD ISA