fb fb fb fb fb

Minggu Solidariti Palestin, KPM berjaya kutip dana RM9.2 juta

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 November - Sebanyak RM9.2 juta berjaya dikumpul Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Dana Kemanusiaan Palestin melalui Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Kutipan dibuat bermula 29 Oktober hingga 3 November melibatkan penyertaan ribuan institusi pendidikan di bawah kementerian itu.

KPM memaklumkan, Minggu Solidariti Palestin diadakan bertujuan mendidik murid dan warga KPM mengenai nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan.

"Cek cura Dana Kemanusiaan Palestin itu telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi pada Himpunan Solidariti Keamanan Sejagat. Ia merupakan aktiviti kemuncak dan penutup Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Jumaat lepas," kata KPM menerusi kenyataan.

Acara anjuran KPM itu melibatkan 800 murid dan lebih 200 pegawai KPM.

Antara pengisian acara, termasuk deklamasi sajak, persembahan lakonan dan nyanyian serta pidato kemanusiaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN