fb fb fb fb fb

Banjir di Perak catat penurunan setakat pukul 8 Pagi

Foto FB APM Hilir Perak

IPOH, 5 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak setakat pukul 8 pagi tadi mencatatkan penurunan kepada 275 orang daripada 272 orang yang direkodkan pada pukul 12 tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, setakat ini empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah yang terlibat.

Di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak  menempatkan 73 penduduk daripada 22 keluarga. 

Manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap pula  merekodkan 42 penduduk daripada 10 keluarga.

Sementara itu di daerah Kerian, PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak menempatkan 100 orang daripada 24 keluarga. 

Manakala PPS di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu dengan 57 penduduk melibatkan 19 keluarga.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN