fb fb fb fb fb

Banjir: Lebih 10,400 penduduk berlindung di PPS

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Disember - Lebih 10,400 penduduk daripada 3,3 99 keluarga dilaporkan berlindung di 95 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 12 tengah hari tadi selepas empat negeri dilanda banjir.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, negeri yang merekodkan jumlah penduduk terkesan tertinggi ialah Pahang dengan 9,535 penduduk ditempatkan di 77 PPS.

"Jumlah itu melibatkan 3,129 keluarga. Ketika ini Kuantan mencatatkan jumlah teramai, iaitu 7,737 orang, Maran (800), Pekan (585), Rompin (405) dan Jerantut, 18.

"Terengganu pula merekodkan 557 orang daripada 174 keluarga di Kemaman dan Dungun," menurut portal tersebut.

Turut terjejas banjir, daerah Mersing, Johor yang melibatkan 353 penduduk daripada 91 keluarga.

"Kesemua mereka berlindung di tiga PPS yang telah diaktifkan di daerah itu.

"Di Kelantan pula, sebuah PPS dibuka di Gua Musang yang menempatkan 18 penduduk daripada lima keluarga yang terkesan bencana itu," jelas portal berkenaan.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN