fb fb fb fb fb

Banjir Kuala Perlis: Sebuah PPS masih beroperasi

(PPS Surau Kampung Teluk yang dibuka sejak pukul 10 malam tadi masih beroprasi) 

KUALA PERLIS, 17 Oktober - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak pukul 10 malam tadi masih beroperasi, susulan banjir yang berlaku sekitar Kuala Perlis.

Tinjauan Berita RTM sehingga pukul 12.00 tengah hari mendapati PPS Surau Kampung Teluk menempatkan empat keluarga melibatkan 16 penduduk terjejas banjir iaitu sembilan lelaki dewasa dan enam wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, keadaan air semakin surut ketika ini namun pihak Angkatan Pertahanan Awam belum membenarkan semua penduduk terjejas untuk pulang ke kediaman masing-masing.

Ini berikutan masih ada kediaman penduduk yang terlibat masih digenangi banjir dan kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan terlebih dahulu.


(Keadaan air semakin surut ketika ini namun pihak Angkatan Pertahanan Awam belum membenarkan
semua penduduk terjejas untuk pulang ke kediaman masing-masing)

Bagi penduduk terjejas yang ditempatkan di PPS itu, tindakan segera agensi terlibat memindahkan mereka amat dihargai disamping kemudahan yang disediakan memberikan keselesaan kepada semua mangsa.

"Setakat sekarang selesalah, layanan yang mereka bagi tu kira baiklah, pagi tadi kami tengok semua datang, Jabatan Kesihatan datang, lepas itu RELA datang, yang dia jaga kami semalam tu JPAM kan, JPAM memang dah mereka bagi jagaan yang baiklah," kata penduduk terjejas, Khalid Yusof.

"Ok lah, mereka jaga eloklah bagi kita makan apa, tak tahu lah kalau petang ini kalau kering, hujan tak turun apa bolehlah kan boleh balik lah di rumah, kena cuci rumah lah, semakin surut dah tu tapi tak boleh duduk lagi kalau hari ini tak boleh lagi," jelas Haliza Shafie.

Agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana terus memantau keadaan seluruh Perlis walaupun cuaca ketika ini cerah dan tiada hujan, namun Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan akan melanda sekitar Perlis, petang ini.

Media Baharu