fb fb fb fb fb

RM73.2 juta dividen RISDA TSK diagih kepada peserta

TAPAH, 17 Oktober- Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengagihkan dividen berjumlah RM73.2 juta di bawah rancangan Tanam Semula Komersial (TSK) kepada 13,357 peserta bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara purata, penerima memperoleh RM5,480.38 sehektar setiap seorang.

"Saya difahamkan, di bawah TSK yang diurus RISDA melibatkan kawasan seluas 18,667.83 hektar dengan jumlah peserta seramai 13,357 orang, telah berjaya menikmati hasil dividen yang membanggakan," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil RISDA, Tok Batin & Penghulu Orang Asli JAKOA di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Sementara itu, beliau memaklumkan kerajaan telah meluluskan sejumlah RM191 juta Bantuan Musim Tengkujuh melibatkan 232,319 pekebun kecil RISDA dengan kadar RM600 yang akan diagihkan pada bulan November dan Disember ini.

Jumlah itu katanya akan ditambah kepada RM800 pada tahun depan dan akan dipanjangkan kepada pekebun kecil di bawah FELDA.

Media Baharu