KUALA LUMPUR, 17 November – Tiada penduduk terjejas susulan banjir kilat yang berlaku di Jalan 4/43, Petaling Jaya petang tadi.
- Anggota BBP dikerahkan segera, tiba kira-kira lapan minit selepas laporan diterima.
- Banjir kilat disebabkan longkang tersumbat; air dilaporkan sedang surut semasa pasukan tiba.
- Pemeriksaan, rondaan dan pemantauan dijalankan untuk memastikan keselamatan penduduk setempat.
Pusat gerakan Operasi JBPM Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung banjir kilat itu pada pukul 6.06 petang.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala yang diketuai PBK I KUP Mohd Samso Bin Ismail @ Abdul Latif digegaskan ke lokasi dan tiba kira-kira lapan minit selepas itu.
Menurut laporan awal, banjir berlaku akibat longkang tersumbat dan tiada kerosakan bangunan dilaporkan.
“Sepasukan anggota telah dikerah ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan dan rondaan keselamatan. Air dilaporkan sedang surut ketika pasukan berkenaan tiba.
“Pemantauan dilakukan dari masa ke masa demi memastikan keselamatan penduduk setempat,” jelas kenyataan sama.