fb fb fb fb fb

Banjir kilat, dua PPS dibuka di Baling

BALING, 3 Ogos- Dua pusat pemindahan sementara PPS dibuka di daerah Baling, Kedah susulan  banjir kilat akibat limpahan  air Sungai Baling ke kawasan penempatan penduduk yang terletak ditepi sungai.

Timbalan  Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil menerusi kenyataan memaklumkan dua PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan  Tengku Habsah dan PPS Dewan Tun Abdul Razak .

Katanya setakat jam 11.00 malam tadi,  sejumlah 37 penduduk terjejas dari sembilan buah keluarga ditempatkan di kedua-dua PPS terbabit.

PPS SK Tengku Habsah dibuka pada pukul 8.30 malam dengan menempatkan 20 orang daripada lima keluarga.

Manakala PPS Dewan Abdul Tun Razak, 17 orang daripada empat keluarga.

APM  menerima laporan tentang banjir kilat tersebut pada kira-kira pukul 7.00 Malam  dan sepasukan lapan anggota APM  bersama peralatan  ke lokasi kejadian banjir meninjau kawasan terjejas.

Arus air sungai masih deras dan ketika ini kerja-kerja pemindahan  penduduk masih diteruskan.

Banjir kilat  ini berlaku susulan hujan lebat selama sejam pada pukul 6.00 petang tadi.


FOTO APM BALING

Media Baharu