fb fb fb fb fb

Dua cedera kenderaan dinaiki langgar belakang lori muatan LPG

SLIM RIVER, 3 OGOS- Dua cedera selepas kereta dinaiki melanggar belakang sebuah lori tangki membawa muatan gas petroleum cecair (LPG) di Kilometer 372.3 Lebuhraya PLUS arah utara, malam tadi.

Tiada kebocoran dilaporkan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.06 malam sebelum ke lokasi insiden.

Sebaik tiba, didapati sebuah kereta dinaiki dua lelaki telah melanggar bahagian belakang  lori tangki berkenaan sehingga menyebabkan kedua-duanya tersepit.

Kerja-kerja penyelamatan dilakukan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas sebelum mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan.


FOTO BOMBA SLIM RIVER

Media Baharu