fb fb fb fb fb

Tangani inflasi, kerajaan gariskan beberapa langkah jangka panjang

KUALA LUMPUR, 3 Ogos- Kerajaan memberi fokus terhadap sekuriti makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan pelaburan yang berkualiti sebagai beberapa langkah jangka panjang dalam menangani inflasi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, ke arah itu beberapa usaha dilaksanakan termasuk program memperkasa agromakanan, produktiviti pekerja, peningkatan sistem pendidikan dan kepakaran Keluarga Malaysia bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang berpendapatan tinggi.

“Kita nak jadi sekarang ni pendapatan purata Malaysia keluarga RM7,000 satu bulan. Kita naik RM10,000 sebulan menjelang tahun 2025. Jadi kenaikan pendapatan itu perlu seiring dengan pelaburan berkualiti. Seiring dengan pendapatan dalam kemahiran. Itu jadi matlamat kita, sebagai sebuah negara berpenapatan tinggi bermakna kita menikmati tarif hidup lebih baik,” katanya.

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata demikian dalam program Bicara Naratif di TV1.

Menurutnya lagi, pelbagai langkah dilakukan kerajaan bagi mengurangkan inflasi bagi jangka masa pendek termasuk pemberian subsidi, penetapan harga siling dan juga penubuhan jawatankuasa bagi menangani inflasi.

Pun begitu, perancangan jangka panjang dilihat perlu agar hasil dalam negara dapat dipertingkatkan.


(Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif di TV1)

Media Baharu