fb fb fb fb fb

Juruterbang mangsa nahas pesawat ringan terhempas selamat dikebumikan

SEMENYIH, 2 Ogos- Jenazah jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52 tahun yang terkorban dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Ipoh, Perak semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma pukul 7.26 petang tadi.

Jenazah allahyarham terdahulu dibawa ke kediaman kakaknya, di Bandar Tasik Kesuma pada pukul 5.41 petang, sebelum dibawa ke Surau Al Kauthar untuk disembahyangkan.

Kira-kira 500 ahli keluarga dan rakan termasuk anggota TUDM hadir memberi penghormatan terakhir.

Antaranya Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

“Arwah merupakan salah seorang jurutebang pejuang di bawah naungan saya, awrah adalah seorang yang boleh saya katakan, ceria, dan menyenangkan, dia dibuktikan hari ini apabila begitu ramai rakan-rakannya yang hadir,” kata Affendi.

Insiden kira-kira pukul 8.00 malam semalam telah mengorbankan Fajim Juffa, manakala Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62 tahun cedera, dan berada dalam keadaan stabil.


(Jenazah jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal
selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma)

Media Baharu