fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Sungai Buloh: 'Air naik terlalu cepat, kami tak sempat selamatkan apa-apa barang,'

Keadaan di Sungai Buloh pada Selasa lalu akibat kilat banjir

KUALA LUMPUR, 19 April - 'Air naik terlalu cepat, kami tak sempat selamatkan apa-apa barang,' itu luahan penduduk terjejas susulan banjir kilat yang melanda kawasan sekitar Sungai Buloh, pada Selasa lalu.

Mereka menyifatkan banjir kilat kali ini merupakan antara kejadian terburuk pernah melanda kawasan tersebut.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, 86 penduduk terjejas terdiri daripada 19 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak.

Tinjauan RTM mendapati keadaan di PPS tersebut masih terkawal dan keperluan penduduk terjejas juga turut disediakan.

Mula-mula hujan macam biasa, sebab sana hujan biasa air sampai buku lali tapi tak masuk rumah. Lepastu hujan surut sikit.. dalam 5 minit air datang dari sungai melimpah sehingga naik ke pinggang," kata Faridah Sansurin.

"Air naik mendadak masuk rumah, memang ada sungai di situ. Tapi saya tak boleh buat apa.. barang semua tak dapat nak selamatkan, apa pun tak dapat. Barangan elektrik semua dah tak boleh pakai. Kain baju pun dapat dua tiga helai bawa ke sini," kongsi Mohd Nazir Mohd Nor.

"Biasanya paras buku lali, bawah lutut..bila kali ini tak sangka air mendadak sampai paras dada dalam rumah. Air terlampau lajuu. Saya bertahan di sini dah tiga malam, sementara nak bagi kerja kemas rumah tu siap lepas tu bolehlah balik rumah," kata Sufiah Husin.

Pada Selasa lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia Negeri Selangor menerima panggilan berhubung banjir kilat di dua lokasi berbeza iatu di Kampung Melayu Subang dan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

GRACE AISYAH KEDAYAN