fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Paya Jaras semakin pulih, 3 PPS masih beroperasi

FOTO APM PETALING

PAYA JARAS, 4 Oktober- Keadaan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar Selangor, khususnya Paya Jaras, dilaporkan semakin pulih dengan paras air yang kian surut. 

Namun, tinjauan di beberapa kawasan terjejas mendapati masih ada rumah yang digenangi air, terutama di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras.

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka bagi menampung mangsa banjir. 

PPS yang beroperasi termasuk Dewan MBSA Seri Pagi, Dewan Kenanga Pejabat Tanah Daerah Petaling, dan Dewan MBSA Matahari.

PPS Dewan Kenanga menempatkan seramai 265 penduduk daripada 64 keluarga, manakala PPS Dewan MBSA Matahari menempatkan 48 orang daripada 14 keluarga.

Pusat pemindahan di Dewan MBSA Seri Pagi Shah Alam telah ditutup pada tengah hari tadi selepas kesemua 101 penduduk daripada 26 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Keadaan dijangka terus pulih dalam masa terdekat sekiranya cuaca baik berterusan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE