fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Kampar paksa 84 penduduk terjejas berpindah

KAMPAR, 12 Januari- 84 penduduk dari Kampung Sahom, Kampar dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sahom selepas rumah didiami terjejas akibat banjir kilat, malam tadi.

Kejadian berlaku disebabkan oleh hujan lebat sejak petang semalam sehingga menyebabkan limpahan air Sungai Rias.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 6.24 petang.

Sebaik tiba di lokasi mendapati hampir 10 buah rumah terlibat dalam kejadian tersebut.

Kesemua penghuni rumah berada di seberang sungai yang dihubungkan oleh tiga jambatan.

Semasa waktu puncak kejadian, paras air sungai dilaporkan setinggi tujuh meter.

Proses pemindahan mangsa ke tempat selamat menggunakan tali dan peralatan menyelamat di air dilakukan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dan BBP Gopeng.


(Anggota JBPM bergegas melaksanakan kerja menyelamat penduduk terjejas banjir untuk dipindahkan
ke Sekolah Kebangsaan Sahom)

Media Baharu