fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Johor Bahru dan Kulai surut pukul 6 petang

(FOTO JBPM JOHOR)

JOHOR BAHRU, 7 Mac - Banjir kilat di beberapa kawasan di Johor Bahru dan Kulai surut kira-kira pukul 6 petang tadi.

Keadaan terkawal ketika kejadian dan tiada penduduk dipindahkan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis air mulai naik pada pukul 5 petang tadi selepas hujan lebat sejak tengah hari.

(FOTO JBPM JOHOR)

Kawasan terlibat Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah; Saleng; serta Taman Perumahan Iris, Kulai.

Semua Balai Bomba dan Penyelamat negeri kekal sentiasa membuat pemantauan serta bersiap siaga di kawasan sering banjir.

Media Baharu